• Utama
  • Oh!Media.FM
  • Link Xchange
  • Koleksi EDC

    Friday 23 December 2011

    TOP 10 Permainan Sosial Paling Popular di FACEBOOK Sepanjang 2011




    Melalui pengumuman yang dikeluarkan oleh Facebook, berikut merupakan permainan popular sepanjang tahun ini pada platform dan rangkaian sosial mereka:


    Gardens of Time (Playdom)
    The Sims Social (EA)
    CityVille (Zynga)
    DoubleDown Casino (DoubleDown Interactive)
    Indiana Jones Adventure World (Zynga)
    Words With Friends (Zynga)
    Bingo Blitz (Buffalo Studios)
    Empires & Allies (Zynga)
    Slotomania-Slot Machines (Playtika)
    Diamond Dash (Wooga)







    Menurut pihak Facebook, mereka mengumpulkan dan menyenaraikan permainan sosial ini mengikut kepuasan para pemain memainkan permainan tersebut, dan bagaimana mereka memperkenalkannya kepada rakan-rakan mereka. Setiap permainan ini juga diperkatakan mempunyai lebih daripada 100,000 pemain aktif setiap bulan.


    Pada tahun ini juga, selain daripada Facebook, kita dapat melihat Google sendiri menceburi dunia permainan sosial, melalui platform rangkaian sosial mereka yang terbaru, iaitu Google+. Selain daripada kedua-dua gergasi ini, Friendster, yang mana dahulunya merupakan rangkaian sosial terkemuka dunia, turut menjenamakan diri mereka sebagai platform untuk permainan sosial, sekaligus memperlihatkan potensi yang dipunyai oleh industri permainan sosial ini.


    Beberapa ura-ura turut sama memperkatakan yang mana Facebook kini turut sama dalam usaha membangunkan telefon pintar mereka sendiri, yang mana melaluinya mereka bakal memperkenalkan aplikasi-aplikasi dalam bentuk HTML5, berkemungkinan akan membolehkan para pengguna bermain permainan sosial ini bersama-sama dengan rakan mereka, terus melalui telefon pintar mahupun tablet mereka.


    Walaubagaimanapun, ia masih diperingkat ura-ura, dan semestinya tahun 2012 bakal membawakan lebih banyak perkara kepada dunia dan industri permainan sosial ini sendiri.


    SUMBER:http://amanz.my/

    0 Komen:

    Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...