Sunday 4 December 2011

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi 

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. 

2. Terlebih makan

  •    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  •     Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  •     Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  •     Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

SMS HIV DALAM MINUMAN PEPSI DAN COKE PALSU


Berita SMS Minuman Tin Pepsi Dan Coke Tercemar Darah HIV Palsu
Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang dijangkiti penyakit HIV adalah palsu.


Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.


Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai rakyat negara itu sendiri.


sumber: HMetro


Berikut adalah mesej tersebut yang dihantar :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...