Oh! Media FM kelak dijangka bakal diuruskan oleh lebih 4 orang dalam memastikan ianya lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah dalam operasi. Buat masa ini, pihak pembangunnya masih lagi giat membangunkan dan merancang pelbagai slot, disamping meminta pendapat para pengguna dan penyokong Oh! Media dalam menyediakan sebuah radio atas talian yang terkemuka.
Antara yang diketahui buat masa ini adalah dimana Oh! Media FM kelak bakal membawakan pelbagai slot-slot menarik, termasuk slot-slot berbentuk ilmiah dan informasi, disamping pada masa yang sama turut memainkan lagu-lagu tempatan. Lagu-lagu keluaran negara-negara jiran juga dijangka akan dimainkan dan diperdengarkan kepada para pendengar dibawah slot Oh!Mix.
0 Komen:
Post a Comment