BitLocker ialah fungsi yang diperkenal dalam Windows Vista membolehkan anda membuat enkripsi kandungan yang terdapat di dalam cakera keras (Hard Disk). Windows 7 menawarkan fungsi BitLocker yang lebih maju di mana anda boleh enkrip storan mudah alih USB seperti pendrive.
Untuk membuat enkripsi pada storan USB :
1) Buka My Computer
2) Klik kanan pada pemacu USB yang ingin dienkrip
3) Pilih "Turn on BitLocker"
4) Sediakan Kata Laluan baru untuk mengunci pemacu
5) Klik Next
6) Simpan recovery key ke dalam fail dengan memilih Save the recovery key to a file. Recovery key digunakan untuk memperoleh kembali data-data yang terdapat di dalam pemacu USB sekiranya anda terlupa kata laluan. Klik Next
7) Klik Start Encrypting untuk memulakan proses enkripsi
8) Selepas enkripsi selesai, periksa di dalam Explorer perubahan ikon pada pemacu USB anda. Sekiranya ikon bertukar menjadi kunci berwarna emas, ia menunjukkan pemacu sedang dikunci.
9) Sekarang cabut pemacu USB dan cucuk semula ke palam USB. Windows 7 akan meminta anda masukkan kata laluan.
10) Klik butang Unlock untuk membuka pemacu.
SIAP.Kini pendrive anda mempunyai lebih privacy.
apesal xbleh nk copy paste ni....
ReplyDelete