• Utama
  • Oh!Media.FM
  • Link Xchange
  • Koleksi EDC

    Thursday 29 November 2012

    The Deep Web ? Dunia Internet Alam Ghaib ?

    The Deep Web

    Bagi mereka yang tidak tahu, The Deep Web merupakan sesuatu yang mewakili sebahagian besar kandungan di internet yang tidak dapat diakses secara biasa melalui carian-carian utama seperti Google/Yahoo/Bing atau enjin carian lain.

    Carian di internet hari ini, boleh dibandingkan seperti mengheret jaring merentasi seluruh permukaan laut, walaupun banyak ikan yang akan tersangkut di jaring, tetapi lebih banyak lagi yang masih tinggal dan ada di dasarnya. Dan bahagian yang tertinggal itu terus menjadi rahsia dan terlepas dari pandangan. Sama seperti Internet, kebanyakkan kandungan di internet dihasilkan secara dinamik dan disimpan jauh di dasarnya, enjin carian biasa tidak akan mampu mencarinya.


    Berikut adalah beberapa fakta mengenai The Deep Web:

    1.Maklumat yang ada di The Deep Web sekarang ni hampir 500 kali ganda lebih banyak daripada maklumat yang ada di The World Wide Web.
    2.The Deep Web mengandungi 7500 Terabyte data berbanding 19 Terabyte data yang ada di The World Wide Web.
    3.The Deep Web menyimpan lebih 550 billion dokumen secara individu berbanding hanya 1 billion di The World Wide Web.
    4.Lebih dari 200 ribu laman web yang ada di The Deep Web buat masa sekarang.
    5.Di The Deep Web, lebih banyak kategori maklumat baru yang muncul setiap hari.
    6.Disebabkan terlalu banyak maklumat yang ada, The Deep Web sudah semakin sempit dan sukar untuk ditembusi.
    7.Kualiti maklumat di The Deep Web adalah 100 hingga 200 kali lebih hebat daripada The World Wide Web.
    8.Kandungan di The Deep Web lebih relevan kepada carian, pasaran dan domain.
    9.Lebih 95 peratus maklumat di The Deep Web adalah percuma dan boleh dikongsi secara bebas.

    Apa Yang Ada Di The Deep Web?

Sunday 4 November 2012

EDC Album.


Berhubung tajuk post nie ,  EDC nak menjemput semua pembaca santauweb untuk sama-sama melihat koleksi gambar edc di Album_EDC .Semua gambar yang EDC post dekat sana adalah 100% hasil kerja EDC sendiri (kecuali ada sumber yang EDC nyatakan).So apa lagi jom lah kita ke Album_EDC  di http://koleksiEDC.blogspot.com  . Terima kasih kepada yang sudi menjenguk dan salah satu koleksi dari edc nie. :)

#Gambar2 dekat sana x byk lagi,,EDC akan update dari masa ke masa.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...